Monday, 1 January 2018

5 TIPS PERSEDIAAN SEBELUM BERANGKAT KE MEKAH

1 . Amalakan minum madu bersama bawang putih

Madu dan bawang putih amat baik untuk menguatkan daya imunisasi badan juga mencegah 
dari batuk, selsema dan bagus untuk tubuh badan. Amalkan meminum madu bersama bawang
 putih ini selama 2 minggu sebelum berangkat ke tanah suci.InSyaAllah Badan akan jadi segar 
dan sukar dihinggapi penyakit dengan izin Allah


2 . Lakukan Senaman Ringkas

Dengan membuat senaman ringkas setiap hari, dapat menguatkan stamina dan membantu
para jemaah bergerak dengan selesa, tidak mudah mengah sekiranya berjalan lama dan
jarak yang jauh 




3 . Buat tanda khas pada bagasi

Tanda bagasi anda seperti contoh mengikat dengan reben pada pemegang bagasi. Dgn
cara ini, anda dapat mengenal pasti bagasi anda dengan pantas dan mudah, sertakan
juga nombor telefon atau alamat email anda pada bagasi bagi memudahkan sesiapa
menghubungi anda sekiranya berlaku kehilangan bagasi.




4 . Bawa semua dokumen dalam 1 tempat


Masukkan semua dokumen perjalanan anda di satu tempat dimana anda boleh mengantungnya
pada leher anda. Sertakan juga nota seperti nombor telefon, alamat dan no bilik hotel.
Juga tulis pada nota itu, "kembalikan dan saya akan bagi hadiah sebanyak 50 riyal" 
 ( " وإعطائها مرة أخرى وأنا سوف للحصول على 50 جوائز ريال " )
"Return to me and 50 riyal will given to you"
( Nilai hadiah anda tentukan sendiri )



5 . Sedikan checklist menyusun barang

Sediakan Checklist dan senaraikan barang² yang ingin dibawa , Tanda atau tick pada
list yang telah dimasukkan dalam bagasi. Cara ini dapat mengelakkan dari terlupa
pada barang² yang penting juga menjimatkan masa. Setelah selesai menyusun, masukkan
sekali checklist kedalam bagasi untuk penggunaan semasa pulang, jadikan tick kepada
X untuk menanda barang yang telah dimasukkan,


No comments:

Post a Comment